Liyanaa's



de'otherliyana


1 Muharram 1433 H
25 November 2011 | 2 letters
 .:ASSALAMUALAIKUM :.

Muharram (bahasa Arabمحرّم) adalah bulan pertama dalam penanggalan Hijriyah. Muharram berasal dari kata yang artinya 'diharamkan' atau 'dipantang', yaitu dilarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.Tanggal 1 Muharram adalah hari Tahun Baru dalam agama Islam. //sumber google
Sedar tak sedar, dah akhir tahun. Dalam islam , 30 Zulhijjah 1432H jatuh pada hari Sabtu nie, 26 November 2011. Maksudnya hari ni last kita solat asar dalam tahun ni. Pada hari Ahad 27 November 2011 pula merupakan Hari pertama Tahun baru iaitu 1 Muharram 1433H [awal Muharram] Sedar tak sedar aku dah tua. Tsk. 

Selamat Tahun baru hijrah semua...Korang jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun 1433H seperti tertera kat bawah itu tau. hal ini kerana, kalau kita baca kedua-dua doa tersebut, InsyaAllah kita akan dilindungi daripada tipu daya syaitan dan dosa setahun yang lalu diampunkan Allah S.W.T. InsyaAllah. 

untuk Doa Akhir tahun 1432H, korang perlu baca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar iaitu sebelum masuknya waktu Magrib pada 30 Zulhijjah 1432H (hari sabtu tu).

Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Untuk Doa Awal Tahun pula, kawan-kawan perlu baca sebayak 3 kali selepas waktu Magrib pada malam 1 Muharram 1433H.

Diriwayatkan "Barang siapa yang membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada 1 muharam, Allah S.W.T. akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripadafitnah dan tipu daya syaitan selama satu tahun yang mendatang."
Maksud Doa:

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.

Yana mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 kepada yg beragama Islam. Semoga dimurahkan rezeki, harmoni dan diberkati Allah disepanjang tahun mendatang.                                


posts about links

Disclaimer Board


Social Network:
-Blog.
-Twitter.
-Facebook.
Enjoy reading my blog.

xoxo, Liyana Luvia


Chatters


Credits
Layout by Chocolettha.
Colors Colorpicker.
Banner weloveit.
Editor Luvia.